Dari Abdullah Ibnu Umar ra bahwa Rasulullah saw bersabda “Ketika saya
sedang tidur, saya bermimpi melakukan tawaf di Kaabah, lalu ada seorang
berambut lebat yang meneteskan air dari kepalanya, lalu aku tanyakan
siapakah ini, mereka menjawab, ”Ibnu Maryam as”, kemudian aku berpaling
dan melihat seorang laki-laki yang gemuk, berkulit merah, berambut
keriting, matanya buta sebelah, dan matanya itu seperti buah anggur
yang masak (tak bersinar). Mereka mengatakan, ”Ini Dajjal”.
Dia adalah orang yang paling mirip dengan Ibnu Qathn, seorang laki-laki dari Khuza’ah.” [HR al-Bukhari, dan Muslim].
Dari
Anas, beliau berkata, Rasulullah saw bersabda, Dajjal itu matanya
terhapus (buta), tertulis di antara kedua matanya kafir, kemudian
beliau mengejanya, kafir yang boleh dibaca oleh setiap orang muslim dan
di antara kedua matanya terdapat tulisan “kafir” (HR Muslim)
Pada
hadis pertama di atas menyebutkan beberapa ciri fizikal dajjal, iaitu
postur tubuhnya gemuk, kulitnya kemerah-merahan, sebelah matanya buta,
matanya seperti buah anggur yang masak. Dan pada hadis kedua disebutkan
ciri yang lain, iaitu tertulis huruf kafir di antara kedua matanya.
Tanda
itu boleh difahami oleh setiap muslim baik yang boleh membaca maupun
yang buta huruf. Ummu Syuraik bertanya kepada Rasulullah tentang hari
dajjal : "Ya Rasulullah ke mana orang-orang Arab ketika itu?".
Rasulullah menjawab "Jumlah mereka pada waktu itu terlalu sedikit.
Mereka lari ke Baitulmaqdis menjumpai Imam (Imam Mahdi) mereka.
Ketika
Imam mereka sudah berdiri di depan untuk mengimamkan solat subuh,
tiba-tiba datang Isa Bin Maryam. Imam itu mahu mundur untuk memberi
peluang kepada Isa, tetapi Isa sambil memegang bahu Imam itu berkata :
"Teruskanlah, sesungguhnya Iqamat dibacakan untuk engkau".
Maka
sembahyanglah mereka semua dibelakang Imam tadi. Selesai solat, Isa
A.S. berkata kepada semua jemaah : "Bukakan pintu itu". Mereka membuka
pintu Masjid itu, tiba-tiba Dajjal sudah berdiri di situ dan di
belakangnya ada 70,000 orang Yahudi lengkap bersenjata. Melihat Isa A.S.
ada di dalam masjid itu, Dajjal tiba-tiba sahaja cair seperti cairnya
garam disirami air. Dajjal lari kerana ketakutan Isa terus sahaja
mengejarnya kemudian menjumpai di Babu Luddi dan di situlah Isa A.S.
membunuhnya.
Orang-orang Yahudi cuba melarikan diri dan
bersembunyi tetapi semua benda tempat mereka bersembunyi akan
berkata-kata dengan izin Allah. Benda-benda dimaksudkan termasuklah
dinding, batu, pokok, kayu dan termasuk juga sepohon pokok berduri
(disebut pokok Yahudi).
Pintu masuk ke kota Lod. Tempat Dajjal akan dibunuh. Jauh tempat ini dari Jeruselem lebih kurang 45 km
Kawasan berbukit yang subur di kota Lod, kota yang berumur 2000 tahun
Lod
(Bahasa Ibrani: לוֹד; Arab: اَلْلُدّْ, al-Ludd; Greco-Latin Lydda),
juga dieja dan disebut Ludd, ialah sebuah bandar diDaerah Tengah,
Israel, sekitar 20 kilometer di tenggara Tel Aviv dan 3 kilometer utara
Ramallah. Pada akhir tahun 2007, kota ini berpenduduk 67,000 orang, di
mana 80% daripadanya adalah dari kaum Yahudi, manakala 20% lagi dari
umat Arab Palestin berikutan projek perluasaan tapak penempatan haram
Yahudi.
Nama lama kota ini, selama ribuan tahun, ialah Lydda,
Lydea dan Al-Lydd, dan kota ini juga terkenal dengan nama Diospolis.
Dalam Injil 1 Tawarikh 8 disebutkan bahawa kota ini menjadi tempat
tinggal bagi Suku Bunyamin (anak kepada Nabi Yaakub a.s. dan adik
kepada Nabi Yusuf a.s.). Kononnya, di tempat inilah Santo Peter
menyembuhkan seseorang yang mengalami penyakit lumpuh, seperti yang
disebutkan dalam Kisah Para Rasul 9: 32-38.
Di kota ini ada
sebuah gereja yang dikenali sebagai: Gereja Santo Georgius dan sebuah
Masjid yakni: Masjid El-Chodr. Bahagian tempat peribadatan itu
membentuk kompleks bangunan, gereja dan masjid itu juga memiliki pintu
masuk yang unik.
Kota ini dikenali kerana mempunyai sistem
Bandar Antarabangsa yang mempunyai banyak persamaan dengan Bandar Tel
Aviv yakni Bandar Ben Gurion. Setakat ini telah adanya jalan raya dan
jalur KA yang menghubungkan kota ini dengan Tel Aviv.
Lapangan
terbang utama Israel, Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion
(dahulunya dikenali sebagai Lapangan Terbang Lydda, RAF Lydda, dan
Lapangan Terbang Lod) terletak di bandar ini. Mengikut perspektif Islam
pula, di pagar/tembok Kota Lod inilah akan terjadinya pembunuhan Dajal
oleh Nabi Isa a.s..
Dalam
hadits Nawwas bin Sam’an yang panjang yang membicarakan kemunculan
Dajjal dan turunnya Isa alaihissalam, Rasulullah shalallahu alaihi
wasallam bersabda:
“Ketika Allah telah mengutus al-Masih Ibnu
Maryam, maka turunlah ia di menara putih di sebelah timur Damsyik
dengan mengenakan dua buah pakaian yang dicelup dengan waras dan
zafaran, dan kedua telapak tangannya diletakkannya di sayap dua
Malaikat; bila ia menundukkan kepala maka menurunlah rambutnya, dan
jika diangkatnya kelihatan landai seperti mutiara.
Maka tidak
ada orang kafir pun yang mencium nafasnya kecuali pasti meninggal
dunia, padahal nafasnya itu sejauh mata memandang. Lalu Isa mencari
Dajjal hingga menjumpainya di pintu Lud, lantas dibunuhnya Dajjal
hingga menjumpainya di pintu Lud, lantas dibunuhnya Dajjal. Kemudian
Isa datang kepada suatu kaum yang telah dilindungi Allah dari Dajjal,
lalu Isa mengusap wajah mereka dan memberi tahu mereka tentang darjat
mereka di syurga.” (Shahih Muslim, Kita Al-Fitan wa Asyrathis Sa’ah,
Bab Dzikr Ad-Dajjal 18:67-68)
Aus bin Aus Ats-Tsaqafi meriwatkan
bahwa Rasulullah shalallhu ‘alaihi wasallam bersabda, “‘Isa bin Maryam
akan turun di Menara Putih sebelah timur Kota Damsyik.” (HR Thabrani)
Menurut Ibnu Katsir Nabi Isa akan turun disisi menara sebelah timur Masjid Jamik Umawi iaitu di sebelah timur Damaskus/Damsyik.
Menara tersebut telah diperbaiki pada zaman Ibnu Katsir iaitu pada
tahun 741 Hijrah. Pembiayaanya diambil dari harta orang-orang Nasrani
yang sebelumnye telah membakar menara tersebut.Hafiz Ibnu Katsir dalam
an-Nihayah berkata, “Inilah pendapat yang lebih masyhur tentang tempat
turunnya Isa, iaitu di menara putih di timur Damsyik. Dan saya telah
melihat di sebagian buku bahwa Isa turun di menara putih sebelah timur
Jami’ Damsyik. Mungkin inilah yang lebih valid dan bunyi riwayatnya,
‘Maka dia turun di atas menara putih yang ada di timur Damsyik’. Jadi
rawi membuat redaksi sendiri sesuai dengan apa yang dia fahami.
Dan
di Damsyik tidak ada menara yang dikenali dengan menara timur kecuali
menara yang berada di timur Jami’ Umawi dan inilah yang lebih cocok dan
lebih sesuai kerana Isa turun pada saat didirikannya shalat…”
(An-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim I/192)
Menurut Sami
bin Abdullah Al-Maghluts pula dalam bukunya Athlas Tarikh al-Anbiya’ wa
ar-rosul (atlas sejarah nabi dan rosul) ada dua buah menara yang sangat
mirip sebagaimana disebutkan dalam hadist di atas. Kedua menara itu
adalah menara Masjid al-Umawi (Umayyah) yang di bangun oleh al-Walid
bin Abdul Malik (lihat atlas hadist karya Syauqi Abu Khalil) dan menara
tembok damaskus. Kedua tempat tersebut memiliki kemiripan yang diduga
disana lah Isa AS akan turun.
Sifat Dan Rupa Nabi Isa Alaihissalam
Adapun
sifat-sifatnya maka Nabi kita saw telah menyatakan bahawa Isa adalah
laki-laki berperawakan sedang tidak tinggi tidak pendek, berwajah
bulat, berkulit kemerah-merahan, berdada lapang, orang yang paling
mirip dengannya adalah Urwah bin Mas’ud ast-Tsaqafi.
Dari Abu
Hurairah bahawasanya Rasulullah saw bersabda, “Antara diriku dengan Isa
tidak ada nabi, dan sesungguhnya dia pasti turun. Jika kalian
melihatnya maka kenalilah dia. Sesungguhnya dia berperawakan sedang,
putih kemerah-merahan, dia turun di antara dua potong baju berwarna
kekuning-kuningan, kepalanya seolah-olah menetes walaupun tidak basah,
dia memerangi manusia di atas Islam, lalu dia mematahkan salib,
membunuh babi dan menghapus jizyah. Pada masanya Allah menghancurkan
semua agama kecuali Islam, dia membunuh al-Masih ad-Dajjal kemudian
tinggal di bumi selama 40 tahun kemudian wafat dan kaum muslimin
menshalatkannya.” (HR. Abu Dawud, al-Hakim dan Ibnu Khuzaimah)
Dari
Abu Hurairah, Nabi saw bersabda, “Pada malam Isra’…. Dan saya bertemu
dengan Isa. Lalu Nabi saw menjelaskan ciri-cirinya, ‘Orangnya sedang,
kulitnya kemerah-merahan, seolah-olah dia habis mandi, saya
melihatnya…’.” (HR. al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi)
Dari
Jabir bin Abdullah bahawa Rasulullah saw bersabda, “Saya bertemu dengan
para nabi, ternyata Musa…. Saya melihat Isa bin Maryam, ternyata orang
yang paling mirip dengannya adalah Urwah bin Mas’ud….” (HR. Muslim dan
at-Tirmidzi)
Dari Abdullah bin Abbas Rasulullah saw menceritakan
malam Isra’nya, beliau bersabda, “Saya melihat Isa berperawakan sedang
kemerah-merahan berambut lurus….” (HR. al-Bukhari dan Muslim)